KHASIAT BUAH LIMAU GEDANG (GRAPEFRUIT)

1. Buah LIMAU GEDANG ialah antara buah-buahan yang paling tinggi kandungan VITAMIN C di kalangan buah-buahan citrus malah jus buah limau gedang adalah pilihan paling terbaik untuk keperluan vitamin C di musim sejuk.

2. Buah Limau Gedang mengandungi pelbagai vitamin dan galian antaranya ialah kalsium, glukosa, fosforus, kalium, lycopene, potasium dan serat yang tinggi.

khasiat buah limau gedang

3. Kandungan bioflavonoid di dalam limau gedang membantu mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti kanser, penyakit jantung dan tumor.

4. Buah limau gedang turut membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan membantu tahap insulin yang lebih stabil dan membekalkan rasa kenyang yang lebih lama.

5. Buah limau gedang juga membantu mengurangkan masalah keletihan , demam, malaria, penyakit kencing manis ,sembelit, masalah kencing, masalah tubuh berasid, masalah pencernaan dan banyak lagi.

6. Buah limau gedang juga turut berfungsi sebagai antiseptik untuk luka, malah ia juga sesuai sebagai tonik hati.

7. Kandungan air di dalam limau gedang turut membantu mencantikkan kulit dan membuatkan kulit lebih lembab dan sihat serta membantu kulit kelihatan lebih muda terutama dengan kandungan potasium di dalam buah limau gedang membantu menghilangkan garis-garis halus dan kedutan di tubuh,

khasiat grapefruits

8. Kajian juga menunjukkan dengan pengambilan buah limau gedang di dalam menu yang konsisten turut mengurangkan risiko penyakit kanser prostat.

9. Kandungan tryptophan di dalam limau gedang turut membantu dalam masalah insomnia bagi mendapat tidur yang lebih berkualiti.

10. Kandungan vitamin A dan vitamin C di dalam buah limau gedang juga turut membantu pembentukan kolagen kulit sekaligus membantu mengekalkan keanjalan kulit, selain itu khasiat limau gedang juga turut membantu dalam mengurangkan risiko sinar matahari yang merbahaya kepada kulit.

Jom kurus ramai-ramai.SHARE dengan mereka yang lain :

Jom kurus ramai-ramai.SHARE dengan mereka yang lain :